Monday 19 January 2015

Sekitar hari pertama Istiadat Pengurniaan Bintang serta Pingat Kebesaran Sempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 87

Assalamualaikum wbt..

Maaflah sebab tak update blog ni buat seketika..busy mehh...

Biasalah kalau di negeri kedah ni, sekitar bulan januari hingga mac akan sibuk dengan acara-acara sempena sambutan hari ulangtahun keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah..tahun 2015 ni tahun yang ke 87...
Jom kita kongsi bersama sambutan tersebut melalu lensa-lensa sahabat penghulu Kedah..


Pada 18 Januari 2015, telah diadakan istadat mengadap dan istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran negeri Kedah Darul Aman.
Suasana di balai penghadapan Istana Anak Bukit







Antara penghulu negeri Kedah yang dijemput hadir


 Tahniah kami ucapkan kepada penerima-penerima darjah serta bintang kebesaran negeri Kedah bagi tahun 2015.


YB Dato' Badrulhisham Hashim dan YB Dato' Sabarina Md Noor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang menerima Darjah Setia Di Raja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato'

Antara penerima darjah kebesaran negeri

kredit-www.mukhrizmahathirfc.com

Pada tahun ini juga, kerajaan negeri Kedah turut mengangkat martabat guru agama dengan menganugerahkan Darjah setia Di Raja Kedah yang membawa gelaran Dato' kepada Yg Bhg Dato' Tuan Guru Pak Teh Mat  

kredit-www.mukhrizmahathirfc.com
 Tahniah diucapkan kepada semua penerima.

 

No comments:

Post a Comment