Monday 5 January 2015

PENGHULU atau PENGGAWA?

Assalamualaikum wbt...

Pernahkah kita terkeliru dengan istilah PENGHULU dan PENGGAWA? 

Pernahkah kita mencari perbezaannya antara satu sama lain?

Jawapannya :- Istilah PENGHULU atau PENGGAWA adalah orang yang sama. Cuma di Kelantan Darul Naim, PENGHULU lebih dikenali sebagai PENGGAWA (TOK GAWA-kecek ore kelate), berbanding dengan negeri-negeri yang lain.

Malah, di Kelantan juga, istilah PENGHULU pula adalah merujuk kepada KETUA KAMPUNG seperti di negeri-negeri lain..

Dr Mustafa Ahmad penggawa pertama miliki PhD

ASLANI M | .
BACHOK: Seorang penggawa di Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai kakitangan awam kumpulan B yang memiliki ijazah PhD pertama di Malaysia.

Dr Mustafa Ahmad, 46 kini bertugas sebagai Penggawa Daerah Bekelam menamatkan pengajian di peringkat tertinggi itu pada Mac lepas di UKM.

Kajiannya “Politik Kelantan Zaman Barisan Nasional 1974-1990” disiapkan dalam tempoh tiga tahun bermula 2010.

Sebelum itu beliau menyiapkan tesis sarjana bertajuk “Kepimpinan Tengku Razaleigh Hamzah Dalam Politik Kelantan” di bawah seliaan Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif.

Beliau mendapat ijazah pertama pada 2003 melalui pengajian jarak jauh di Fakulti Sains Kemasyarakatan UKM.

Beliau dilahirkan di Keting, Gaung Bachok merupakan anak kedua kepada pasangan petani, Ahmad Hassan dan Fatimah Sulaiman.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Keting. Di peringkat menengah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok.

Dr Mustafa berkata, beliau bertugas sebagai penggawa ketika berusia 26 tahun pada 1995.  Ketika itu beliau bertugas di Daerah Gunung.

“Pada 2006 saya ditukar ke Daerah Gual Periuk, Rantau Panjang dan pada 2007 kembali bertugas di Gunung, Bachok,” katanya di sini.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang pendidik, Azimah Daud dan dikurniakan lima cahaya mata.

Biar pun memiliki ijazah Doktor Falsafah namun beliau masih lagi meneruskan kerjayanya sebagai seorang penggawa sehingga sekarang.

Dipetik daripada HARAKAHDAILY, versi online

HEBAT KAN TOK NGULU / TOK GAWA 
LA NI....

No comments:

Post a Comment