Wednesday 11 March 2015

AMPUN MAAF

Assalamualaikum wbt...
Pohon maaf kerana dah lama tidak mengupdate blog ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan,..
Insyallah, salam masa terdekat admin akan mengemaskini blog ini...

Tuesday 20 January 2015

WIRA LAHAD DATU DIIKTIRAF

Tahniah ! Wira Lahad Datu ‪#‎PDRM‬ Terima Pingat "Bintang Keberanian Kedah (BKK)."
Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna pada 2013 lalu masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Bagi ASP Mohamad Hasnal, Wira insiden berdarah pencerobohan yang hampir meragut nyawanya sendiri, melihat sahabat-sahabatnya gugur di depan mata mempertahankan negara sudah pasti akan terus dalam ingatan sampai bila-bila.
Beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran Bintang Keberanian Kedah (BKK) di Istana Anak Bukit semalam.
"Kalau saya dihantar lagi ke Lahad Datu dan Semporna, saya sanggup, pengorbanan ini berbaloi," merupakan reaksi pertama ASP Mohamad Hasnal Jamil terhadap soalan wartawan sama ada beliau sanggup jika dihantar bertugas di kedua-dua daerah pantai timur Sabah itu.
Dilahirkan pada 31 Mei 1982 di Pendang, beliau mengetuai senarai 77 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri bersempena Hari Keputeraan ke-87 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.
Pingat-pingat kebesaran itu disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Mohamad Hasnal terlibat dalam insiden berdarah di Kampung Air Simunul, Semporna pada 2 Mac 2013 yang mengakibatkan 10 musuh ditembak mati, 14 ditangkap manakala enam anggota keselamatan pula terkorban.
Mohamad Hasnal turut mengalami kecederaan parah dengan bahagian kepalanya luka akibat ditetak dengan kapak, tangannya hampir putus juga akibat ditetak, manakala tubuhnya terkena tiga tembakan dengan satu tembakan menembusi perutnya.
Terharu dan bangga dengan penganugerahan BKK itu, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri Kedah yang memberi penghargaan di atas pengorbanannya.
"Saya rasa bangga menerima pingat yang tertinggi di Kedah ini, ini menunjukkan perjuangan kami di Sabah mempertahankan kedaulatan negara dihargai," katanya.
Beliau berkata, anugerah yang diterimanya hari ini sebenarnya bukan untuk beliau seorang sahaja, tetapi dikongsi bersama enam anggota keselamatan negara yang terkorban di dalam kejadian itu.
Mohamad Hasnal berkata, perasaan sayang dan cinta kepada negara perlu ada di dalam diri setiap rakyat bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi kini dapat terus dipelihara.
"Saya dan pasukan terperangkap selama 22 jam (di kampung air itu), dapat kecederaan enam kali, di perut dan tangan, ditetak di tangan tiga kali, masuk wad 3 minggu."
"Kalau siapa datang pun lawanlah. Kita berjuang bukan untuk anugerah pun, tapi untuk negara," kata Mohamad Hasnal.
Enam anggota polis yang terkorban di dalam kejadian berdarah di Kampung Air Simunul itu adalah Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.
Mohamad Hasnal yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun kini bertugas di Cawangan Khas, Bukit Aman.

kredit to-www.mukhrizmahathirfc.com

Tahniah ! Wira Lahad Datu #PDRM Terima Pingat "Bintang Keberanian Kedah (BKK)."

#KedahAmanMakmur #KedahSerataRata #MMFC #ThisIsDarulaman #HanyaDiKedah 
 
PENGHULU vs PENGGAWA?

Assalamualaikum wbt

Dalam posting terdahulu, saya telah menjelaskan tentang perbezaan PENGHULU dan PENGGAWA. Pada posting kali ini, saya nak memperjelaskan dengan cara yang lebih mudah. Harap jangan terkeliru lagi...

JAWATAN

NEGERI LAIN

JAWATAN

KELANTAN
PEGAWAI DAERAH

DAERAH
PEGAWAI DAERAH
JAJAHAN
PENGHULU

MUKIM
PENGGAWA
DAERAH
KETUA KAMPUNG

KAMPUNG
PENGHULU
MUKIM